Sunday, July 17, 2011

Ehem2...Eh3..sAmE LaRR!!!



Hai all..how u'rs life going on early?amcam ok ke?huhu..hrni de time skit nk hapdet belog ni.hehehe..like3x.ni pun sbb nk kongsi something story wif uols..hehe..

uols kenal xngn mamat ni??Artis kan???uols msti ler kenal mamat yg hncem mencem ni kan..alaaa...Erry Putra tu.hehe..


Yg ni plak uols kenal xmamat ni?

Haaaaaa...tuuu dia!!!yg ni bukn mamat yg kat atas tu yerr yg ni mamat lain..mamat yg mirip2 iras2 mamat yg kt ats tu kwn dayang..Ni la kwn dayang yg agak spesel pd dayang sbb dia betui2 ade iras2 mirip2 si mamat kt ats tu.hehe..anyway dayang ni mmg sume org tau yg dayang mmg peminat mamat yg kt ats tu si Erry Putra!!!skg dpt lak kwn yg ade iras2 Erry Putra.hehe..very proud wif him sekejap.huhu :P
(**hehe..ats sbb tertentu name n pekerjaan mamat ni dirahsiakan!biasa la Akta Rahsia Rasmi mehh.. (^^,)y..)

ok la uols tu je yg dayang nk kongsi2 ats rs proud sbb first time ni ade kwn iras artis gitu..hehehe..
bye all..nite..hv a nice day 2morrow yepp..

Monday, June 13, 2011

perggghhhh!!!lame giler xdok entries..

perrggghhhhh!!!lame giler xde n xhapdet entries kn..agak biasa la tu kalo da bz nye memanjang.hehe...lgpun bukn tetiap hari ade idea nk create entry baru.time free,x bz,mase senggang menggang tu bole la jgkk nk hapdet belog ni hari2.ni xpunye time la tu pasal la belog ni dibior bersawang mawang jerk dgn xdisengajekn...hahaha... k la miss redroses ni da xhade pe lak nk ngomel2..rasenye next time la kot kalo ade mase kite ngobrol2(borak2) lg ye..daaaa all..

best wishes to all my pren...gud luck n hepi always k.ok..papai mapai..hehe (^_^)

Tuesday, May 17, 2011

~.:AlahAi!! RindUnyEr kaT bFf :.~


Hmmm...rindu betul la aku kat bff aku yg sorang ni..ape la dok tgh wat skrg ni ek?Hrni 17/5/11 at 23:00 pm dia keja lak esok pg bru balik..biasa la jg balai unit tugas am la katakan.huhu..Hmmmm...ok la kengkawan yg penting aku mmg rindu cecangat kt dia ni..xtau da nk kata apa.hehe..


Hmm..ni la bff aku yg aku rindu2kn tu..Konst.Omar Hamzah.
To Omar keja tu hati2 k
For all my frenz...aku pun rindu korang jgkk.Sampai bile2 pun aku rindu.ok la nite for semorang..daaa....sweet dream ya kengawan!!

Tuesday, February 22, 2011

Thankz to my BFF - Incik Omar Hamzah -

Salam guys.. smlm beshh gler lepak wit my BFF iaitu incik Omar. ktorg p ronda2 smbil jejalan..mamam laksa ngn pekena cendoii..huhu..beshh2 n sgt2 sedapp!!hehe...walapun incik Omar itu telah injured time frenly kt UPM vs PDRM mlm kelmarin but dia tetap jugakk mengagahkn dirinye for spend time wit me yesterday..pas teman dia g klinik ktorg trus g jejalan.dpt la mc 2 hari..nk mtk mc lbh tp limit polis 2 hari suda..hukhuk..sian btl tgk dia injured kt kaki tuh jln cm bru mau blajar bertatih la kamu omar hamzah..heeee"""" xpe la yg penting everything its fine suda.hehe..

ktorg jejalan..ronda2..pusing2 naik ni ler...

to my BFF konst.Omar Hamzah kamu mmg beshh ler..nnt next time kite lepak lg ye p pekena cendoii lg naa..huhu
TERBAIIKKK BEBB!!!

Saturday, February 12, 2011

♥AkU GaDiS sEmAsA♥


Oh begini rasanya cinta
bila diagung-agungkan
kuasanya dan aku
begitu naif untuk dirimu
kerna oh usia

Oh sekarang bukannya masa
untuk kau ungkit kagi salah
siapa dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu

Bukalah mata yang selama ini engkau
pejamkan dan lihatlah diriku..

Buanglah buanglah!
Buang curiga yang telah lama kau simpan
yang mungkin memudaratkanmu

Aku memang begitu
tetap seperti dahulu
terlalu menyayangi dirimu

kau mahukan gadis semasa
yang bisa memberikan kau segalanya
dan engkau tak mampu melihat apa yang
ada didepaanmu

Kau mahu perubahan dunia tetapi pada aku
kau sama sahaja dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu



Wednesday, February 9, 2011

♥kELaB gAdiS aYu♥

Walawehh...jom reramai join kelab gadis ayu ni.cm beshh jek..wt je cm aku ni then korang post jela kt blog korang n automatik join the club.
Da join tag kn name di sini ye.
much luv for sume orang..daaa...
(^_^)(^_^)

mereka yg ditag:

*miss dyg fatihah

*miss eyqa

*miss ch3nta




Sunday, January 30, 2011

~♥ mAnE saTu piLihAn HatI??♥~


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

renung2kn laaaa selagi masih ade mase...

~much luv for semorang~


Tuesday, January 25, 2011

♥♥ mE aT KLCC ♥♥

jEjaLaN KLCC wiF mY sWeEt Lil Sis











Friday, January 21, 2011

♥.:jEjaLaN aT TeREngGaNU :.♥

me travel n holiday wif family.......
besttt!!!

miss redroses a.k.a cik dayang

me wif my sweet lil sis..miss dayang tecikk..ahakz..


my sweet lil sis wif my nephew..miss dayang juge.huhu
yg kt blakang tu my older sis..pun dayang jgk but puan k.

on the way g terengganu...

♥ sesudah sampai at Terengganu ♥

wahhh...ber'plessing',berposing sakan sehhh...
byk lg tmpat yg we all ber'plessing' smpai xlarat nk upload..huhu


Thursday, January 20, 2011

♥mY cOnvOcAtiOn daY♥

Ni time aku konvo hrtu...kt trganu..taman tamadun islam.

wif ika..

wif kristy,beah,waniey,ira,ammar n alepz

wif my roomate..lia


wif kristy..

wif my classmate..


Love is...
© ~♥.:rEd RosEs LadY:.♥~ - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace - Blogger Styles